Saturday, October 17, 2009

.:: Ku Melafazkan Kata Penuh Makna ::.

(Khabar Dari Nafsu Buat Iblis)

Ke hadapan saudaraku Iblis dan Syaitan,

Mungkin ketika ini kau di ambang nazak seksaan dan rantaian di dalam neraka Jahannam itu. Aku tahu mungkin sekali kalian menderita jiwa dan batin kerana terpaksa hidup dalam kurungan maha dahsyat itu selama satu bulan lamanya. Tapi usahlah kau risau, satu bulan itu sekejap sahaja. Percayalah. Tujuan aku melayangkan warkah ini adalah untuk menggembirakan, atau lebih tepat lagi, menghilangkan kesedihan kau dalam kedahsyatan azab neraka di atas sana. Di sini, aku ceritakan kisah musuh-musuh nyata kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Aku yakin kau pasti berterima kasih kepada aku kerana berjaya menghasut mereka. Semuanya semudah ABC dan sepantas kerlipan mata.


Pertama. Ada dalam kalangan musuh kita yang sememangnya tidak pernah insaf dan sepertinya tidak mahu bertaubat pun; langsung tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini. Ini senang sahaja. Sebab aku jadikan mereka lupa akan Azab yang maha dahsyat yang bakal mereka hadapi lepas kematian mereka nanti. Azab kubur plus azab di padang Mahsyar plus Azab Neraka. Mereka tanpa segan silu meninggalkan salah satu rukun islam. Aku amat kasihan kepada mereka. Andainya mereka tidak sempat bertaubat sebelum datangnya ajal kematian mereka, tidak dapat aku bayangkan betapa azabnya Seksaan neraka seperti yang pernah aku alami dahulu. Apakah mereka tidak tahu yang aku ini hanya dapat ditundukkan dengan berpuasa ?? Tidakkah mereka pernah mengetahui tentang cerita aku suatu masa dahulu ketika mana aku dicampakkan ke dalam Neraka yang maha dahsyat seksaan dan keperitannnya ?? Sungguh aku mentertawakan kaum manusia yang lupa dirinya akan mati juga akhirnya. Sedangkan berita-berita kematian setiap hari terpampang di dada akhbar.


Kedua. Ada juga kaum manusia itu yang berpuasa tapi mereka lupa mereka berada dalam Rahmat dan Berkatnya Bulan Ramadhan. Tidak mereka mengambil kesempatan untuk menambah amalan kebaikan, mereka malahan memberatkan lagi neraca timbangan Dosa mereka. Aduh, sungguh sempit fikiran mereka. Tidak ku sangka semudah ini menyesatkan umat manusia walaupun tanpa pertolongan kau saudaraku, Iblis. Kalau beginilah keadaannya, aku pasti, akan ramai umat manusia menghuni Neraka Jahannam nanti bersama-sama dengan kau Iblis. Ramai sekali. Tidak takutkah mereka ?? Yang kelakarnya, mereka nampaknya lebih takut kepada hantu. Apa mereka tidak tahu yang hantu-hantu itu cuma lakonan kalian semata-mata. Aku tertawa lagi kepada mereka. Apalah gunanya akal mereka yang kononnya bijak itu.


Tampaknya makin hangat cerita aku. Mereka yang berpuasa itu, seperti yang aku katakan, lupa yang bulan ini bulan Ramadhan; nampaknya pergaulan bebas mereka tidak juga berkurang, malahan aku lihat mereka yang jarang bergaul bebas semakin berani bergaul bebas. Memang mereka lupa mereka berpuasa. Menyedihkan. Tambahan lagi, pasangan-pasangan cinta yang aku fikir akan berhenti di bulan puasa ini, rupa-rupanya mereka makin intim. Apakah mereka tidak tahu yang cinta yang belum diredhai Allah itu mana mungkin akan diberkati di bulan Ramadhan ini andai tiada ikatan yang halal di sisi Allah ? Usaha mu Iblis memang berjaya menyesatkan hati-hati yang ketandusan kasih dan sayang. Engkau Iblis, memang penyesat universal. Tertawa lagi aku.


Aku kasihan sekali pada mereka yang berpuasa, tetapi, solatnya tidak dijaga, mereka tidak merasa apa-apa jika melambatkan solat. Yang amat menyedihkan, mereka melambatkan solat, bukanlah kerana mengalunkan kalam suci Allah, tapi kerana terlalu asyik melayan drama-drama dan filem yang menyeronokkan aku, Nafsunya ini. Panggung wayang apatah lagi, sepertinya sentiasa sahaja penuh dengan umat manusia yang lupa dirinya sentiasa di dalam kerugian melainkan orang yang beriman. Aku berterima kasih sekali kepada saudara kita di Israel dan Amerika sana. Mereka memang anak buah yang patuh kepada mu Iblis. Kalau beginilah, kaum mu Iblis tidak perlu bekerja keras lagi, kerana umat manusia itu sendiri yang saling menyesatkan antara satu sama lain ! Mudahnya. Sungguh pelupa mereka.


Ada juga mereka yang berpuasa tetapi langsung tidak menambah amalan sunat di bulan ini, malahan mereka lebih terhibur dengan amalan-amalan yang melalaikan. Mahu mendengar alunan suci kalam Al Quran pun sangat memberatkan telinga mereka, apatah lagi membaca walau satu mukasurat dari kitab Al Quran. Bisu sungguh mulut dan hati mereka. Sungguh kalau mereka tahu Al Quran itu sangat hebat kesannya kepada hati, jasad, kehidupan dunia dan kehidupan akhirat; pasti gagal rancangan aku dan kau Iblis ! Kasihan sungguh.


Ada juga umat manusia itu yang sanggup berjaga malam hanya kerana hatinya lalai dengan hiburan yang langsung tiada faedahnya kepada iman mahupun ilmu dalam dada. Mereka langsung lupa untuk bertahajjud. Sehingga terlepas juga sahur mereka. Apakah mereka lupa kepada pesan Rasul mereka. Apakah mereka tidak sedar yang mereka sedang menghina ajaran Rasul dalam diam-diam ? Alangkah ruginya. Sesungguhnya mereka sentiasa dalam kerugian.



Yang paling membahagiakan aku, nafsunya ini, ialah ketika waktu berbuka puasa. Aku merasa puas. Segala macam makanan dan minuman dapat aku alami. Malahan umat manusia itu selalu sahaja membazir dalam bab membeli dan menyediakan juadah berbuka mereka. Yang puasnya pastilah aku. Aku dilayan dengan baik sekali. Umat manusia itu lupa lagi yang perut mereka hanya memerlukan 1/3 ruang sahaj untuk makanan. Tapi demi aku, Nafsunya, 3/3 perut itu penuh dengan makanan. Maka menjadi malaslah mereka untuk beribadat. Mudah sekali mereka tersesat lagi. Bukankah bagus kalau wang yang digunakan untuk membeli makanan yang lebih itu, disedekahkan sahaja. Sempitkah fikiran mereka? Pasti kau berbangga dengan aku, wahai Iblis sahabatku.


Di sini sahaja coretanku buat minggu pertama ini. Aku akhiri dengan satu sajak agar kau tidak lupa bagaimana manusia itu.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki.


Yang gembira dan tertawa,
Nafsu Durjana


( this posting is delayed a little late )

Tuesday, June 23, 2009

Kan Ku Bicarakan Yang Sesungguhnya....

'Sahabat' atau sekadar 'kawan di jalanan' ?

Yang mana satukah diri anda? Yang sudi menasihati atau sedia mendengar nasihat...atau salah satu pun tidak...?

1.
" Balqis, boleh tak ana nak pinjam kejap laptop, nak surf internet jap. "


" Oh, semestinya boleh. Tapi, ehhe...Raihan jaga elok-elok eh laptop kesayangan ku ini yep. Laptop aku dah macam baby aku. 'Anak pertama' lah katakan...hehe. "


" Oh, insya Allah. Tapi kan, bila Balqis cakap yang laptop Balqis tu cam baby kan, ana jadi teringat kat hadis Nabi.

" Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka kedua ibu bapalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. "

Sebab ana perasan sahabat-sahabat kita ramai yang ada laptop and pada ana laptop tu memang boleh disamakan dengan 'anak' sebab semua yang beli laptop, semua laptop diorang asal-asalnya just ada program yang biasa atau mungkin lebih tepat 'congenital program'... "


" Hehe..."


"And kita ni sebagai pemilik laptop boleh disamakan dengan 'ibu bapa'. Kesimpulannya, apa yang ada dalam laptop kita adalah tanggungjawab kita atau lebih tepat 'tanggungan dosa atau pahala' kita kat akhirat nanti. Betul tak Balqis...Pemilik laptop lah yang memilih untuk letak samada program-program ceramah, mengaji atau islamik...ataupun memenuhkan gigabytes laptop dengan citer-citer melalaikan dan takde faedah untuk dunia ataupun akhirat. Bukan setakat tak menambah iman malahan menurunkan lagi percent iman dalam dada... "


" Tapi kalu camtu takde hiburan ar Raihan..."


" Balqis...hiburan tak salah...Tapi Balqis kena ingat, kalau kita salah memilih hiburan, itu yang salah, itu yang mendatangkan murka Allah, menghitamkan hati kita, menjauhkan kita dari jalan nak ke syurga... Ingat tak Ustad Nazri ada cakap hiburan yang melalaikan atau 'hedonisme' tu umpama 'air oren' and ibadah tu macam 'susu'. Tepat sekali perumpamaan ibadah macam 'susu' sebab asasnya kita tahu yang susu mempunyai banyak khasiat. And first food kita pun adalah susu kan? "


" Haah, betul jugak."


" And ustad cakap lagi kalau kita banyak minum 'air oren', mesti bila orang suruh kita minum 'susu' pulak on the spot, mesti kita dah tak sanggup kan...Sebab rasa 'air oren' and 'susu' sangatlah berlawanan. Paling tidak pun, mesti kita akan ambil masa untuk hilangkan rasa 'air oren' tu dulu sebelum boleh kita minum 'susu' tu. Betul tak Balqis? "


" Hmm..."


"Macam tu jugaklah iman kita. Kalau kita dah terbiasa tengok filem-filem je atau drama lah apa-apa pun... dah la batasan aurat yang tak dijaganya, apatah lagi adegan-adegan yang tak sepatutnya 'orang yang mengaku ada iman' menontonnya. Apatah lagi dengan video clip lagu-lagu yang ntah apa-apa. Dedah sana dedah sini. Kita ni bila tengok kawan-kawan kita yang pakai seksi sikit, kita dah bising, paling tidak pun kita mengumpat sesama kita. Kalau pergi tegur, kan lagi bagus. "


" Haahkan..."


" Kita ni bila tengok kat DC, ada couple yang bertepuk tampar, dating ke...pandai pulak kita marah-marah...- "ini tidak islami/ ini belajar agama ke tak ni / ni takde ke orang yang berani tegur / astaghfirullah, apa nak jadi la dengan masyarakat sekarang ni " - dan yang seumpamanya...Kita pandai cakap yang perkara-perkara camtu tidak islami, tapi kita yang melihatnya dalam filem tu, islami sangatlah kita ni??? "


" Hmm..."


" Kan bagus kalau gigabytes laptop tu penuh dengan ceramah-ceramah, program islamik atau yang seumpamanya. Ana bukan apa, walaupun ianya sekadar laptop, tapi kalau ianya menjadi beban kat akhirat, macam mana? Kita bazirkan just 2 or 3 ribu untuk menempah masuk neraka. "


to be continued

Monday, June 15, 2009

Yang Mengasyikkan...? (Siri 2)

Masa Kejadian : Bila-bila sahaja
Tempat Kejadian : Di mana-mana


*Kejadian Realiti: in black
*Kejadian Impian: in green

1.
" Eh, kenapa ramai sangat orang kat bilik TV tu? Ada apa malam ni kat TV ? "

" Oh, biasa ar tu. Malam ni kan ada Anugerah Juara Lagu..."

" Patut la ramai sangat...Aku pun nak pegi gak ar. "

-------

" Eh,
kenapa ramai sangat orang kat bilik TV tu? Ada apa malam ni kat TV ? "

" Oh, biasa ar tu. Hari ni kan hari Khamis, malam ni ada rancangan Halaqah ngan Forum Perdana Ehwal Islam. Tu yang ramai tu. "

" Ya Allah, lupa plak. Eh, jom la pegi bilik TV skali. Walaupun sekadar di TV, tapi tetap ilmu jugak kan..."

" Haah, betul tu. Jomla la ajak geng kita pegi Taman-taman Syurga sekali. "





* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




2.
" Weh geng, malam ni jangan lupa datang bilik aku tau. Aku dah download dah citer favourite kita kat TV3 tu semalam. and don't worry, kat bilik aku ada banyak makanan. Sape tak datang, rugi..."

------

" Kawan-kawan, malam ni macam biasa, tadarus Surah Maryam plak. Malam ni perbetulkan bacaan dulu...Then, bolehla kita hafaz sama-sama. Then minggu depan kita Tasmei' ( memperdengarkan bacaan) sama-sama pulak k. Lepas isyak, kat surau."

" InsyaAllah, kami pasti menepati masa! Lagipun nanti jemaah sekali ar kat surau, macam biasa..."





* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *





3.
" Uih, ko tengah buat ape tu? Khusyuk betul ko mengadap laptop. "

" Huhu...Biasa ar aku, tengah tengok drama Korea ar nih. Semalam 1o CD drama Jepun aku abis tengok satu malam je. Terer tak aku...Hehe. Citer ni best giler. Romantik ar jalan citer dia. Mana aku tak khusyuk ma..."

" La yeke...Lain kali ajak la aku sekali. Ko ni selalu tak ingat kat aku kalu tengok citer. Tengok sorang-sorang mana best..."

---------

" Assalamu 'alaikum. Ko tengah buat apa tu. Ngadap laptop je aku tengok. "

" Wa 'alaikumussalam. Oh, takdela...tengah baca artikel pasal Palestin kat ILuvIslam.com ni. Bagus-bagus la artikel kat sini. Jomla baca sekali. Memang terusik jiwa aku rasanya. Aku jadi insaf sebab kita hidup kat kolej ni pun dah kira mewah ar, bersyukur yang amat. Tapi saudara kita kat sana, bukan setakat nak makan pun tak senang, tapi siap badan luka-luka. Yang mati lagi ar..."




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




4.
" Geng, malam ni jangan lupa 2.30 pagi, tengok bola kat bilik TV. Nanti Brazil lawan MU ma..."

" Ala...Tapi aku tak siap lagi la SGS Physio aku. Ko takpe ar, dapat lecturer baik. Aku Prof Roland ma...Cuak abis kitorang tau..."

" Huhu. Ko ni, tu pun nak cuak ke. Don't worry, aku dah siapkan soalan SGS tu, nanti copy paste je dari aku ma..."

" Layeke, nape tak cakap siang-siang ma...Yuhuu...Boleh la aku tengok bola nanti..."


----------


" Kawan-kawan, malam ni kita buat Qiyamullail nak tak. Nanti gitau geng yang lain tau. Kat surau, pukul 4.30 pagi. Lagipun, kita asyik stay up just untuk study je. "

" Ok, InsyaAllah! Mesti penuh surau pagi nanti. Lagipun esok kan hari sabtu. "

" And gitau sape-sape yang nak join discussion jawab soalan SGS Physio for next week, datang la Bilik Bacaan petang esok, pukul 2 ok. "




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



Tuesday, June 9, 2009

Sehingga Iblis Pun Turut Terluka!

Sekadar ingin mengingatkan kalian dengan maksud Firman Allah dari Surah Al-Mu'minuun ayat 1-11 :

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1)

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2)

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3)

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4)

Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5)

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6)

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7)

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (8)

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (9)

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (10)

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11) "


++++++++


Adakah kalian di jalan YANG LURUS atau di JALAN YANG BERLIKU penuh duri?

Saturday, June 6, 2009

Hey Brother...

It's a life of test
by Brothers

Hey brother
Won't you listen to me
You're my brother so listen carefully

This life that we're living
Wasn't made for nothing
Life is a test from Allah Almighty

There are many times
When Allah will test you
To see if you will obey or betray

This life is a life of test
Need patience for success
So is your iman strong enough
Or would you fail just like the rest

Obey for Allah's love
Betray be sorry for yourself
When you're standing helpless there
In front Allah the Almighty

Life is a life of test (believe it)
You must strengthen your faith (hey brother)
And don't you fail like others

Oh My brother

Hey brother
What's there for you to say
It's up to you if you want to believe me

Allah created us
Give us everything
So be grateful and don't betray

Laugh at me if you wish
Say i'm crazy if you want
You'll bite you your fingers one day
When you find out the truth

Believe me or do not
It's a change for you to choose
Just don't you cry one day
When it's already too late

You would be sorry
If you choose to betray
There is no one there to help you

Oh my brother

If you'd follow Allah's way
You'd be safe in paradise
If you'd listen to me
I could lay my mind to rest

You'd then be happy

Here is no need to worry
You would live forever happy
You would be happy
You would be happy
You would be happy

Oh my brother

You would be happy
You would be happy
You would be happy
Oh my brother

If you just follow Allah's way

Friday, June 5, 2009

Benarkah Indah Dunia ku (Episod 1)

Pernahkah kalian terdengar, mendengar, mencari, mengetahui atau menghayati makna ISTIDRAJ?

Sebelum itu...Dengarkanlah penceritaan hamba...( 'Aque' bukanlah nama sebenar) :

Aque tahu yang Usaha Tangga Kejayaan. Ya, siapa tak pernah dengar slogan ini. Dan inilah moto hidup Aque. Maka nak dijadikan cerita...Siapa tak kenal Aque, selalu jadi budak top ten walau di mana jua tempat terjadinya pengajianku. Mak ngan Abah Aque pun mestilah sangat bangga ngan Aque. Maka dengan kebanggaan manusia di sekelilingku itu, Aque memperhebatkan perjuangan belajarku khasnya, dan perjuangan rutin harianku amnya.

Namun...Aque adalah remaja yang tetap terpengaruh dengan makhluk sekelilingku. Diulang, yang terpengaruh. TERpengaruh. Siapa aku nak salahkan? Aque? Iblis laknatullah? Kawan-kawan? Ibu bapa Aque? Jiran? Laptopku? Astro di rumahku? CD-CD laguku? Youtube? Torrent? Youtube Downloader? Huh, Aque yakin setiap satunya memang menyumbang dalam Dana Untuk Mendekatkan Aque Pada Syaitan (UMAPS). Sengaja atau tanpa sengaja. Ya, benar.

Masih tak jelas dengan cerita Aque?

Begini...Aque memang rajin tapi kadang-kadang ada juga malasnya. Rajin ulangkaji pelajaran @ study maksud Aque...Aque jadi bangga dalam diam dengan kerajinanku dan kebijaksanaanku dalam pelajaran. Kawan-kawan pun tahu. Apatah lagi anak kucing kat hostel Aque. Budak-budak course lain pun tahu. Namun, biarlah aku berterus terang...

Dalam kegilaanku me-maintain-kan ilmu di dada, Aque adalah peminat setia pada hiburan. Cakap sahaja lagu-lagu English, Japanese, Indon, Korean dll, boleh kata semua la pernah Aque dengar. Aque siap ada collection CD album ngan gambar beberapa band yang amat Aque gilai. Hmm. Tapi pada waktu ini, fikiran sedarku merasa seronok malahan tenang, bahagia, gembira, puas dan segala perasaan yang best. Boleh kata banyak juga duitku terkorban untuk Dana UMAPS tadi. Tapi Aque tak pernah perasan wujudnya Dana tu.

Bukan setakat itu sahaja, Aque juga mengisi masa lapangku(atau secara jujur: membuang masa) dengan filem-filem, drama-drama, apa sahaja yang berbentuk media hiburan. Mana nak bosan, kawan-kawan pun turut join, macam 'motivate' antara satu sama lain. Makin banyak dana yang terkumpul untuk Dana UMAPS tu. (Ada gelombang yang bertepuk-tepuk mendabik dada saat ini.Siapa? Cik Iblis la)

Bila Exam habis, oleh sebab alasan lapuk kami iaitu nak hilangkan tension belajar, makanya kami selalu keluar pergi tengok wayang. Pergi keluar makan dengan kawan-kawan lelaki. Macam-macam kami buat. Pergi Karaoke. Pergi shopping di semua Mall yang ada kat negeri ni.Pergi Konsert Jom Heboh. Pergi melancong sana-sini. Banyak kami melabur dalam Dana UMAPS. Sememangnya Aque gembira melayan keinginan hati pada dunia baru yang dah canggih ini. Canggih memang canggih kalau dipandang dengan CORNEA mataku.

Tidak cukup dengan itu, dengan beralasankan kesepian dan dahagakan kasih dan cinta, hadirlah seorang lelaki sebagai teman lelaki atau secara lebih tepat, buah hatiku. Tiada batas dalam perhubungan kami. Tiap-tiap hari hatiku 'subur' dengan merinduinya. Kenapa ya?

Namun, tak pernah Aque biarkan hati Aque memakai 'cermin mata' supaya terang pandangan hati Aque.

Dan Aque tak pernah perasan effect Dana tu pada jiwa, atau secara lebih tepatnya, IMANKU.
Aque lalui hidup di hostel seperti budak-budak lain, Aque agak la.

Persoalannya saat ini, kenapa tidak pernah aque perasan kewujudan Dana UMAPS tu. Fikir punya fikir, cari punya cari...Akhirnya Aque temui puncanya. Dan...

Aque sedar. Apa yang Aque sedar? Ya, memang Aque SEDAR aku budak top ten and student yang pandai. Aque pun SEDAR aku selalu dapat result exam yang best. Aque pun sedar yang Aque selalu dapat kasih sayang yang cukup dari family and kawan-kawanku. Kira puas hati. Tenang mungkin. Gembira sudah mesti. Namun, suatu hari...

Kepalaku seolah-olah diketuk dengan tukul besi sebesar roller coaster. Fizikalku tak sakit, tapi iman dan nafsuku seolah-seolah sedang berperang. Faham ke maksud Aque? Hmm...Panas rasanya kepalaku. Dan buat pertama kali setelah bertahun-tahun lamanya, jantungku dan dadaku terasa sesak. Sesak yang pelik. Sukar dimengertikan. Tapi kenapa...?Sebabnya...

Suatu hari yang Aque tak ingat tarikhnya, Biro Kerohanian Fakulti ku seperti biasa mengedarkan risalah islamik bulanannya. Dan bulan itu isunya adalah 'Palestin'. Tak tahu kenapa Aque nak buka dan baca isi dalam risalah tersebut. Mungkin kerana Aque ni concern pasal isu Palestin sejak akhir-akhir ni. Kononnya Aque.

Biasanya kalau dapat risalah-risalah camtu, Aque just buat Pusaka dalam buku-buku pelajaranku. Panjang sangat rungutku. Padahal memang Aque malas. Malas? Tapi nape Aque rajin sangat belajar? Padahal ilmu dalam risalah tu pun macam suatu pelajaran. Tak nak masuk syurga ke Aque ni? Nak tu nak, tapi apa Aque buat ntah untuk melayakkan diri? Aque pun tak tahu...

Belek dan Aque belek lagi risalah berbentuk buku tersebut. Dan...

Pada suatu mukasurat, entah kenapa Aque terasa ayat-ayatnya macam kena atas batang hidung sendiri...

Di bawah tajuk PERANCANGAN YAHUDI, begini bunyi ayatnya:

"Untuk menjauhkan orang ramai, maka kita akan MELALAIKAN mereka dengan berbagai-bagai program PERMAINAN dan HIBURAN. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar, seruan supaya menceburi berbagai kegiatan seperti KEGIATAN SENI, SUKAN, HIBURAN dan sebagainya." (Protokol ke-13)

"Kita perlu bekerja untuk MERUNTUHKAN AKHLAK di segenap tempat, ini akan memudahkan PENGUASAAN kita ke atas mereka. Teori Freud perlu dijelaskan sejelas sinaran matahari di siang hari supaya TIDAK ADA LAGI PERKARA YANG MESTI DIHORMATI pada pandangan pemuda dan tuntutan seks akan menjadi perkara yang penting pada pandangan mereka." (Protokol ke-13)

"Pertarungan menentang agama tidak akan berakhir kecuali berlaku pemisahan antara agama dan negara. Kita perlu melahirkan generai yang TIDAK MALU mendedahkan auratnya." (Majalah Akasia-Freemason,1903)

"Selagi mana Al-Quran berada di tangan umat Islam, maka Eropah selama-lamanya tidak akan berupaya menguasai Negara Islam dan Eropah sendiri tidak akan berada di dalam keadaan aman dan tenteram." (Gladstone, Ahli Parlimen Britain)

+++++++++++++++++++

to be continued...

Yang mengasyikkan...? (Siri 1)

Yang Mengasyikkan...Melalaikan..?

Bicara kali ini bukanlah berniat untuk menjamu kalian dengan cili yang sememangnya pedas, tapi sekadar mahu mengajak kalian memikir kembali apakah ada antara kita terbuat situasi-situasi di bawah. Ingin menegur juga seikhlasnya.Kalian dan hamba pun juga.Semoga tidak lagi kita mahu menggigit cili, tapi seeloknya berusaha membuang rasa pedas si cili. Selamat menilai diri...

Masa Kejadian : Lepas Progress Test / ES
Tempat Kejadian : Di mana-mana


KEJADIAN REALITI/BENAR:

1.
" Uiks geng, lepas nih nak gi mall mana lak..aku teringin ar nak pegi LowYat. Nak survey handphone baru ar. Dah bosan dah ngan phone aku nih. Duit biasiswa kan banyak lagi"


2
"Kawan-kawan, malam ni nak tengok filem apa lak. Filem yang terbaru apa je lagi yang belum kite tengok ek? Syurga Cinta ar plak."


3.
" Geng, semalam aku dah download dah lagu baru Band Korea and Band Indon. Semalaman aku download. Tak sabar nak dengar nih. Nanti kalu nak, datang ar bilik."

" Ko biar betul, don't worry, aku orang first copy file ko...hehe. Ko ni memang setia ar mendownload lagu Band kesayangan kita tu."


4.
" Guys, jom ar pegi tengok wayang. Aku nak ilangkan tension study ni beb. Menggeletar dah cardia aku nih. Ajak ar skali girls..."


5.
" Uwaa...tak sabarnya nak sampai rumah."

"Ala..rumah ko dekat je. Tu pun tak sabar ke."

" Uih, mana aku tak sabar. Dah lama tak jumpa balak ar."


6.
" Eh, ko tak balik rumah ke minggu ni. Bukan ko wajib balik setiap minggu ke? "

" Malas ar aku. Minggu lepas aku gaduh ngan mak ngan ayah aku. Aku tak reti ar nak mintak maaf. "


7.
" Eh, jom pegi PTAR"

"Fuh, baru abis PT, da pegi pinjam buku. Rajin ar ko."

"Huhu.Mana ada la. Aku nak guna internet ar. Lab com tutup tadi."


8.
"Jom ar pegi lecture hall. Dah nak start audit ni."

"Malas ar aku. Baik aku balik bilik, sambung tengok citer Korea ari tu.Pastu boleh aku pegi shopping lak petang nanti. And then, update MySpace ngan Friendster aku. Fuh, banyak benda leh buat lepas PT. Kalu tak asyik study je. Bosan ar."


9.
"Eh, ko ada citer filem terbaru kat laptop tak. Aku nak amik nanti ek. Drama korea or jepun ke. Best ar ko nih. Semua citer ko ada..."


10.
"Eh, nanti nak tak sewa kereta 24 jam. Leh kita pegi jejalan round satu bandar. Fuh, best giler. aku nak pegi macam-macam tempat yang best."




KEJADIAN IMPIAN : that corresponding to kejadian realiti above


1.
"Jom kita pegi Kedai Buku Islam. Aku nak cari Kitab Tafsir fi Zilalil Quran and buku-buku islamik yang best. Buku yang beli minggu lepas dah abis baca ar. Alhamdulillah ar sebab duit biasiswa pun banyak lagi, boleh beli buku untuk family kita sekali. "


2.
"Kawan-kawan, malam ni tengok ceramah tajuk apa pulak ? Eh, malam ni kan ada Halaqah ngan Forum Perdana Ehwal Islam, esok lak ada Al-Kulliyah. Nasib baik la kat TV tu ada jugak rancangan rohani. Oh ya, semalam aku dah pinjam ngan senior CD ceramah Ustad yang biasa kita dengar kat lecture hall tu. Malam ni jumpa kat surau ok."


3.
" Kawan-kawan, dua hari lepas aku dah download ceramah-ceramah kat blog biasa tu. Best-best betul tajuk dia. Nanti datang la bilik lepas isyak, copy file. Make sure everyone ada copy nya ok. "


4.
" Geng, jom kita pegi lawat saudara baru kita kat PERKIM. Boleh la kita muhasabah iman kita. Jeles kan ngan diorang, iman ngan ilmu diorang lagi mantap dari kita. And esok, aku dah plan nak ajak korang pegi Rumah Orang-orang Tua ngan Rumah Anak Yatim kat rumah aku. Aku dah siapkan transport. Don't worry. Hmm...tak sabar rasanya nak ziarah orang yang kurang bernasib baik dari kita."

"Pastu, malam Isnin ni pulak ada Majlis Tahlil kat PI. Yang tu pun nanti kita pegi ramai-ramai nak. Nanti ada ceramah tajuk Malam Pertama Di Alam Kubur. Tak sabar rasanya nak pegi. "


5.
"Aku balik dulu ek kawan. Aku kena bergegas nih sebab saudara-mara aku nak datang umah minggu nih. Tak sabarnya nak jumpa family-family ku...huhu...Malam ni aku nak tolong mak aku masak ngan kemas rumah sebab esok ada Kenduri Kesyukuran. "


6.
"Eh, nape tak balik minggu ni? "

"Kalu ikut hati yang rindu pada mak ngan abah, memang aku nak balik. Tapi hujung minggu ni PMH ada buat Hari Al-Quds kat DC. Aku nak sumbangkan tenaga aku insyaAllah. "


7.
"Eh, aku nak pegi PTAR. Nanti tandakan tempat aku kat lecture hall ek. Aku nak pinjam buku untuk next module ar. At least, takde la aku buang masa sabtu ahad nih. Boleh buat notes gak untuk current module ni. "

"Haah la kan. Aku nak ikut ar ko pegi PTAR. Jom. "



8.
"Jom pegi lecture hall. Audit dah nak start ni. Kita kena cepat-cepat pegi, tak leh tertinggal discussion favorite kita tu. Sesetengah orang cakap tak suka bincang balik soalan exam. Tapi bagi aku, exam tu tetap ilmu. Kadang-kadang ada je soalan dalam PT yang tak pernah kita tahu. Nanti masa audit leh la tambah ilmu lagi kan. "

"Hmm..betul tu. Mungkin orang yang tak suka pegi audit tu, dia study juz for exam. Bukan sebab nak hadam n cerna indahnya ilmu Allah. Rugi betul kan. Na'uzubillahi min zalik..."


9.
"Geng, ada tak record Tafsir Quran Ustad Zahazan yang kat IKIM tu, yang latest punya? Aku ingat nak khatam dengar tafsir tu hujung minggu ni. Nanti boleh la aku buat usrah kat rumah ngan adik-adik aku. And boleh dijadikan discussion masa pengisian kat surau malam ni ngan malam esok. "


10.
"Eh, nanti kita sewa kereta ek. Ingat nak ajak korang pegi pejabat Aman Palestin kat Bangi. Nak amik barang pameran ntuk Program kat fac nanti. Korang boleh kan kongsi duit for sewa kereta tu kan. Saham akhirat sama-sama ok..."

Bila JIWA Masih Bersih...

Apa perasaan, pendapat atau emosi kalian semua dengan situasi di bawah ini...

"Ish, geram betul la" kata seorang kakak yang sudah remaja.

"Nape Kak Ira? "berkata pula adik lelakinya yang baru berumur 7 tahun.

"Ni ha,menyibuk tul la semut-semut ni..nak study pun tak senang..ada je merayap-rayap kat buku akak ni."

"Tapi adik rasa kan, adik suka tengok kalu ada semut..sebab adik jadi teringat kat citer abah tentang ulat yang bertasbih tu...bila adik nampak je semut,baru adik teringat nak zikir kat Allah...Tak baik tau akak benci kat semut tu...Abah kan cakap jangan benci kat sape-sape" kata si adik tadi.

"Err..." terdiam si kakak.

++++++++++++++++
Agak-agak la kan, apakah kita yang sudah remaja ini akan insaf bila mendengar celoteh si budak kecil tadi...?