Friday, June 5, 2009

Yang mengasyikkan...? (Siri 1)

Yang Mengasyikkan...Melalaikan..?

Bicara kali ini bukanlah berniat untuk menjamu kalian dengan cili yang sememangnya pedas, tapi sekadar mahu mengajak kalian memikir kembali apakah ada antara kita terbuat situasi-situasi di bawah. Ingin menegur juga seikhlasnya.Kalian dan hamba pun juga.Semoga tidak lagi kita mahu menggigit cili, tapi seeloknya berusaha membuang rasa pedas si cili. Selamat menilai diri...

Masa Kejadian : Lepas Progress Test / ES
Tempat Kejadian : Di mana-mana


KEJADIAN REALITI/BENAR:

1.
" Uiks geng, lepas nih nak gi mall mana lak..aku teringin ar nak pegi LowYat. Nak survey handphone baru ar. Dah bosan dah ngan phone aku nih. Duit biasiswa kan banyak lagi"


2
"Kawan-kawan, malam ni nak tengok filem apa lak. Filem yang terbaru apa je lagi yang belum kite tengok ek? Syurga Cinta ar plak."


3.
" Geng, semalam aku dah download dah lagu baru Band Korea and Band Indon. Semalaman aku download. Tak sabar nak dengar nih. Nanti kalu nak, datang ar bilik."

" Ko biar betul, don't worry, aku orang first copy file ko...hehe. Ko ni memang setia ar mendownload lagu Band kesayangan kita tu."


4.
" Guys, jom ar pegi tengok wayang. Aku nak ilangkan tension study ni beb. Menggeletar dah cardia aku nih. Ajak ar skali girls..."


5.
" Uwaa...tak sabarnya nak sampai rumah."

"Ala..rumah ko dekat je. Tu pun tak sabar ke."

" Uih, mana aku tak sabar. Dah lama tak jumpa balak ar."


6.
" Eh, ko tak balik rumah ke minggu ni. Bukan ko wajib balik setiap minggu ke? "

" Malas ar aku. Minggu lepas aku gaduh ngan mak ngan ayah aku. Aku tak reti ar nak mintak maaf. "


7.
" Eh, jom pegi PTAR"

"Fuh, baru abis PT, da pegi pinjam buku. Rajin ar ko."

"Huhu.Mana ada la. Aku nak guna internet ar. Lab com tutup tadi."


8.
"Jom ar pegi lecture hall. Dah nak start audit ni."

"Malas ar aku. Baik aku balik bilik, sambung tengok citer Korea ari tu.Pastu boleh aku pegi shopping lak petang nanti. And then, update MySpace ngan Friendster aku. Fuh, banyak benda leh buat lepas PT. Kalu tak asyik study je. Bosan ar."


9.
"Eh, ko ada citer filem terbaru kat laptop tak. Aku nak amik nanti ek. Drama korea or jepun ke. Best ar ko nih. Semua citer ko ada..."


10.
"Eh, nanti nak tak sewa kereta 24 jam. Leh kita pegi jejalan round satu bandar. Fuh, best giler. aku nak pegi macam-macam tempat yang best."




KEJADIAN IMPIAN : that corresponding to kejadian realiti above


1.
"Jom kita pegi Kedai Buku Islam. Aku nak cari Kitab Tafsir fi Zilalil Quran and buku-buku islamik yang best. Buku yang beli minggu lepas dah abis baca ar. Alhamdulillah ar sebab duit biasiswa pun banyak lagi, boleh beli buku untuk family kita sekali. "


2.
"Kawan-kawan, malam ni tengok ceramah tajuk apa pulak ? Eh, malam ni kan ada Halaqah ngan Forum Perdana Ehwal Islam, esok lak ada Al-Kulliyah. Nasib baik la kat TV tu ada jugak rancangan rohani. Oh ya, semalam aku dah pinjam ngan senior CD ceramah Ustad yang biasa kita dengar kat lecture hall tu. Malam ni jumpa kat surau ok."


3.
" Kawan-kawan, dua hari lepas aku dah download ceramah-ceramah kat blog biasa tu. Best-best betul tajuk dia. Nanti datang la bilik lepas isyak, copy file. Make sure everyone ada copy nya ok. "


4.
" Geng, jom kita pegi lawat saudara baru kita kat PERKIM. Boleh la kita muhasabah iman kita. Jeles kan ngan diorang, iman ngan ilmu diorang lagi mantap dari kita. And esok, aku dah plan nak ajak korang pegi Rumah Orang-orang Tua ngan Rumah Anak Yatim kat rumah aku. Aku dah siapkan transport. Don't worry. Hmm...tak sabar rasanya nak ziarah orang yang kurang bernasib baik dari kita."

"Pastu, malam Isnin ni pulak ada Majlis Tahlil kat PI. Yang tu pun nanti kita pegi ramai-ramai nak. Nanti ada ceramah tajuk Malam Pertama Di Alam Kubur. Tak sabar rasanya nak pegi. "


5.
"Aku balik dulu ek kawan. Aku kena bergegas nih sebab saudara-mara aku nak datang umah minggu nih. Tak sabarnya nak jumpa family-family ku...huhu...Malam ni aku nak tolong mak aku masak ngan kemas rumah sebab esok ada Kenduri Kesyukuran. "


6.
"Eh, nape tak balik minggu ni? "

"Kalu ikut hati yang rindu pada mak ngan abah, memang aku nak balik. Tapi hujung minggu ni PMH ada buat Hari Al-Quds kat DC. Aku nak sumbangkan tenaga aku insyaAllah. "


7.
"Eh, aku nak pegi PTAR. Nanti tandakan tempat aku kat lecture hall ek. Aku nak pinjam buku untuk next module ar. At least, takde la aku buang masa sabtu ahad nih. Boleh buat notes gak untuk current module ni. "

"Haah la kan. Aku nak ikut ar ko pegi PTAR. Jom. "



8.
"Jom pegi lecture hall. Audit dah nak start ni. Kita kena cepat-cepat pegi, tak leh tertinggal discussion favorite kita tu. Sesetengah orang cakap tak suka bincang balik soalan exam. Tapi bagi aku, exam tu tetap ilmu. Kadang-kadang ada je soalan dalam PT yang tak pernah kita tahu. Nanti masa audit leh la tambah ilmu lagi kan. "

"Hmm..betul tu. Mungkin orang yang tak suka pegi audit tu, dia study juz for exam. Bukan sebab nak hadam n cerna indahnya ilmu Allah. Rugi betul kan. Na'uzubillahi min zalik..."


9.
"Geng, ada tak record Tafsir Quran Ustad Zahazan yang kat IKIM tu, yang latest punya? Aku ingat nak khatam dengar tafsir tu hujung minggu ni. Nanti boleh la aku buat usrah kat rumah ngan adik-adik aku. And boleh dijadikan discussion masa pengisian kat surau malam ni ngan malam esok. "


10.
"Eh, nanti kita sewa kereta ek. Ingat nak ajak korang pegi pejabat Aman Palestin kat Bangi. Nak amik barang pameran ntuk Program kat fac nanti. Korang boleh kan kongsi duit for sewa kereta tu kan. Saham akhirat sama-sama ok..."

2 Comments:

Blogger Di pinggiran said...

Nice nice nice MasyaAllah

Makan dalam nih! hahahaha..

June 8, 2009 at 11:51 PM  
Blogger azizi said...

wei aku terasa yg tulisan hitam 2..
tulisan hijau plak..tade satu pun..
makan dalam sungguh!

June 14, 2009 at 4:32 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home