Monday, June 15, 2009

Yang Mengasyikkan...? (Siri 2)

Masa Kejadian : Bila-bila sahaja
Tempat Kejadian : Di mana-mana


*Kejadian Realiti: in black
*Kejadian Impian: in green

1.
" Eh, kenapa ramai sangat orang kat bilik TV tu? Ada apa malam ni kat TV ? "

" Oh, biasa ar tu. Malam ni kan ada Anugerah Juara Lagu..."

" Patut la ramai sangat...Aku pun nak pegi gak ar. "

-------

" Eh,
kenapa ramai sangat orang kat bilik TV tu? Ada apa malam ni kat TV ? "

" Oh, biasa ar tu. Hari ni kan hari Khamis, malam ni ada rancangan Halaqah ngan Forum Perdana Ehwal Islam. Tu yang ramai tu. "

" Ya Allah, lupa plak. Eh, jom la pegi bilik TV skali. Walaupun sekadar di TV, tapi tetap ilmu jugak kan..."

" Haah, betul tu. Jomla la ajak geng kita pegi Taman-taman Syurga sekali. "





* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




2.
" Weh geng, malam ni jangan lupa datang bilik aku tau. Aku dah download dah citer favourite kita kat TV3 tu semalam. and don't worry, kat bilik aku ada banyak makanan. Sape tak datang, rugi..."

------

" Kawan-kawan, malam ni macam biasa, tadarus Surah Maryam plak. Malam ni perbetulkan bacaan dulu...Then, bolehla kita hafaz sama-sama. Then minggu depan kita Tasmei' ( memperdengarkan bacaan) sama-sama pulak k. Lepas isyak, kat surau."

" InsyaAllah, kami pasti menepati masa! Lagipun nanti jemaah sekali ar kat surau, macam biasa..."





* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *





3.
" Uih, ko tengah buat ape tu? Khusyuk betul ko mengadap laptop. "

" Huhu...Biasa ar aku, tengah tengok drama Korea ar nih. Semalam 1o CD drama Jepun aku abis tengok satu malam je. Terer tak aku...Hehe. Citer ni best giler. Romantik ar jalan citer dia. Mana aku tak khusyuk ma..."

" La yeke...Lain kali ajak la aku sekali. Ko ni selalu tak ingat kat aku kalu tengok citer. Tengok sorang-sorang mana best..."

---------

" Assalamu 'alaikum. Ko tengah buat apa tu. Ngadap laptop je aku tengok. "

" Wa 'alaikumussalam. Oh, takdela...tengah baca artikel pasal Palestin kat ILuvIslam.com ni. Bagus-bagus la artikel kat sini. Jomla baca sekali. Memang terusik jiwa aku rasanya. Aku jadi insaf sebab kita hidup kat kolej ni pun dah kira mewah ar, bersyukur yang amat. Tapi saudara kita kat sana, bukan setakat nak makan pun tak senang, tapi siap badan luka-luka. Yang mati lagi ar..."




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




4.
" Geng, malam ni jangan lupa 2.30 pagi, tengok bola kat bilik TV. Nanti Brazil lawan MU ma..."

" Ala...Tapi aku tak siap lagi la SGS Physio aku. Ko takpe ar, dapat lecturer baik. Aku Prof Roland ma...Cuak abis kitorang tau..."

" Huhu. Ko ni, tu pun nak cuak ke. Don't worry, aku dah siapkan soalan SGS tu, nanti copy paste je dari aku ma..."

" Layeke, nape tak cakap siang-siang ma...Yuhuu...Boleh la aku tengok bola nanti..."


----------


" Kawan-kawan, malam ni kita buat Qiyamullail nak tak. Nanti gitau geng yang lain tau. Kat surau, pukul 4.30 pagi. Lagipun, kita asyik stay up just untuk study je. "

" Ok, InsyaAllah! Mesti penuh surau pagi nanti. Lagipun esok kan hari sabtu. "

" And gitau sape-sape yang nak join discussion jawab soalan SGS Physio for next week, datang la Bilik Bacaan petang esok, pukul 2 ok. "




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home